Events Calendar

Program Pi1M & Komuniti
Saturday, December 19, 2015, 07:30am - 01:00pm
Hits : 118
Contact 0139192517

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Buluh Kubu akan menganjurkan satu program akhir tahun berskala kecil dengan kerjasama KRT Pusat Bandar. Program tersebut akan diadakan pada 19/12/2015, hari Sabtu, jam 7.30 pagi - 1.00 petang. Berikut adalah aktiviti-aktiviti program:

1. Pertandingan mewarna
- Terbuka kepada 30 penyertaan berumur antara 5 tahun hingga 7 tahun.
- Pensel warna perlu bawa sendiri.

2. Pertandingan susun puzzle
- Terbuka kepada 10 pasangan penyertaan (dua orang untuk satu kumpulan).

3. Pertandingan gubahan makanan sihat (Wanita VS Lelaki)
- Terbuka kepada lima pasangan wanita berumur antara 25 hingga 55 tahun (dua orang untuk satu kumpulan).
- Terbuka kepada lima pasangan lelaki berumur antara 25 hingga 55 tahun (dua orang untuk satu kumpulan).
- Pisau dan dulang sila bawa sendiri.

4. Pertandingan teka silang kata
- Terbuka kepada 30 penyertaan berumur antara 13 hingga 18 tahun.
- Pensel @ pen sila bawa sendiri.

5. Pertandingan berebut kerusi berirama
- Penyertaan terbuka pada hari program.
- Pertandingan terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

6. Pertandingan "Cuba Teka Siapa Saya"
- Penyertaan terbuka pada hari program.

7. Pertandingan mereka cipta produk daripada bahan terbuang
- Terbuka kepada 10 pasangan berumur 13 hingga 29 tahun (dua orangg untuk satu pasangan)
- Bahan-bahan sila bawa sendiri.
- Pastikan peserta tidak menipu sepanjang pertandingan.
- Tema: ICT & Teknologi.

8. Aktiviti Senamrobik
- Terbuka kepada semua golongan.

Pendaftaran bermula pada 6 Disember 2015
Tarikh tutup pendaftaran penyertaan pada 15 Desember 2015

SEPANJANG PROGRAM CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA!

Location Sekolah Kebangsaan Merbau
Sebarang penyertaan dan pertanyaan boleh merujuk terus ke Pi1M Buluh Kubu.