Dari aspek pendidikan Kota Bharu boleh dikatakan seiring dengan tempat lain di negara ini. Institusi pendidikan tinggi yang dikendalikan swasta dan kerajaan terdapat di sini, antaranya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Kolej Jain Petra, Kolej Teknologi Darulnaim, Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Universiti Tun Abdul Razak, Cosmopoint dan lain-lain.

Manakala institusi pendidikan tinggi milik kerajaan yang terdapat di bandar Kota Bharu iaitu Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Akademik Islam Universiti Malaya di Nilam Puri dan Yayasan Pengajian Mara di Jalan Pengkalan Chepa.