SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) BULUH KUBU

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional Buluh Kubu (NADI) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Buluh Kubu merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana NADi yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NaDi.

 Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

KEMUDAHAN

Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar  bagi setiap pencawang bagi bagi capaian penduduk sekitar dalam 2 kilometer.

Kemudahan 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan fotostat dan mesin pencetak dan pengimbas.

Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar.

Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian.

Perkhidmatan faks, pencetak (printing), pengimbas (scanning), laminate dan binding.

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M.

Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Program latihan ICT dan pembangunan modal insan.

Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

 

KEAHLIAN

Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan.

Untuk menjadi ahli hanya RM5.00 seumur hidup.

Jika ahli tidak aktif lebih dari setahun, keahlian akan dibatalkan.

Setiap ahli akan mendapat kad keahlian dan tidak boleh ditukar milik.

Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan.

Ahli baru akan mendapat internet percuma selama 90 jam.

 

SASARAN PENGGUNA 

Semua golongan sama ada pelajar, dewasa, warga emas, surirumah dan golongan bekerjaya atau yang belum mendapat pekerjaan dijadikan sasaran, kerana Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) ini di bangunkan bagi memudahkan penduduk setempat khususnya di kawasan Kota Bharu, menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Dengan kapasiti kependudukan sekitar 860 orang di kawasan Jalan Merbau, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Buluh Kubu juga mensasarkan keahlian dari Jabatan Kerajaan, murid sekolah, guru-guru dan belia serta penduduk setempat.

 

Petugas-Petugas NaDi BULUH KUBU

Pengurus
Nama: Farida Sabiha Binti Izani

No. Telefon: 017-3749948

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Penolong Pengurus
Nama:  Nurul Hazwani Binti Mohamed Noor

No. Telefon: 011-15055098

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.