Biar pun Kelantan sering dilabel dengan pelbagai tomahan negatif namun, prasarana kesihatan yang disediakan agak setanding dengan bandar-bandar besar lain di negara ini. Selain Hospital Raja Perempuan Zainab (II) dan Hospital Unversiti Sains Malaysia terdapat hospital pakar milik swasta iaitu Kota Bharu Medical Centre, Pakar Perdana dan Pusat Perubatan An Nisa.

 

Selain itu terdapat poliklinik yang menyediakan rawatan pakar dalam tempoh 24 jam antaranya, Poliklinik Kota Bharu di Lundang, Pusat Bersalin An Nur di Kubang Kerian dan sebuah lagi poliklinik di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

 

Manakala klinik kerajaan terdapat di kebanyakan daerah antaranya di Wakaf Che Yeh, Badang, Pengkalan Chepa dan Kota Jembal. Klinik swasta pula boleh dikatakan terdapat di setiap jalan utama di Kota Bharu.