Pusat membeli-belah yang paling terkenal di Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu Central Market), Kebanyakan penjual adalah wanita. Pasar Siti Khadijah bersebelahan dengan Central Market Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC), yang dianggap sebagai salah satu gedung perniagaan yang terbesar di Kota Bharu. KBTC dibuka pada bulan Ogos 2009 dan Parkson adalah sebagai penyewa utama untuk pusat membeli-belah itu.
Pusat membeli-belah lain di Kota Bharu adalah KB Mall, Pelangi Mall, Pasaran Billion, Kota Seri Mutiara, Pantai Timur, The Store dan Nirwana Maju baru di Bandar Baru Kubang Kerian. Pasaraya Tesco adalah pasar raya terbesar yang dibuka pada tahun 2008. Pada bulan Mac 2010, Pusat Beli-belah Mydin di Bandar Baru Kubang Kerian dibuka.
Pengangkutan utama di Kota Bharu adalah bas. Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) telah menyediakan perkhidmatan bas bandar dengan bayaran mengikut zon-zon yang ingin dituju. Stesen bas bandar di Kota Bharu Bandar Raya Islam terdapat di dua lokasi iaitu di Jalan Pendek dan berdekatan dengan Masjid Muhammadi berdekatan dengan Kampung Kraftangan.
Terdapatan sebuah lapangan terbang di Kota Bharu iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang ditempatkan di Pengkalan Chepa.
Lebuhraya Rakyat adalah jalan terancang untuk menyambung Kota Bharu ke bandar jajahan Kuala Krai.