Golongan belia yang terdiri daripada mereka dalam kumpulan umur 15-39 tahun merupakan 42.31 peratus daripada jumlah penduduk Kota Bharu pada tahun 2012.

KOTA BHARU
Jumlah Belia 223400
Jumlah Penduduk 528000
Peratusan Belia 42.31%

 

Berdasarkan aplikasi pemetaan belia Malaysia, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengeluarkan statistik belia Kota Bharu dari segi domain-domain berikut:

1. Hubungan sosial
2. Identiti
3. Kesejahteraan ekonomi
4. Kesihatan
5. Ketembusan media
6. Pembangunan kendiri
7. Potensi diri
8. Sekunder
9. Tingkahlaku devian
10. Waktu senggang

Laporan hubungan sosial belia Kota Bharu dengan responden 302 orang terbahagi kepada tiga iaitu laporan skor hubungan dengan ibu bapa dan keluarga 71.85 peratus, laporan skor hubungan dengan masyarakat 60.32 peratus dan laporan skor hubungan dengan rakan 70.59 peratus.

Laporan identiti belia Kota Bharu dengan responden 302 orang terbahagi kepada lima iaitu laporan skor patriotik 63.91 peratus, laporan skor perpaduan 70.36 peratus, laporan skor daya saing 53.31 peratus, laporan skor sukarelawan 58.5 peratus dan pendayaupayaan 47.02 peratus.

Kesejahteraan Ekonomi atau jaminan kewangan ialah keadaan dimana seseorang itu mempunyai perancangan kewangan yang teliti iaitu simpanan atau pelaburan yang membolehkan beliau melalui umur persaraan tanpa perasaan risau untuk memenuhi keperluan perbelanjaan. Laporan kesejahteraan ekonomi belia Kota Bharu dengan responden 302 orang adalah 34.04 peratus.

Laporan kesihatan belia Kota Bharu dengan responden 302 orang terbahagi kepada dua iaitu gaya pemakan dari segi laporan amal makan seimbang 95.4 peratus, makanan ringan 95.7 peratus, makanan segera 95 peratus, fast food 97.7 peratus dan rawatan berkala 64.5 peratus. Manakala laporan kesihatan belia pula darisegi tiada darah tinggi 96 peratus, tiada kencing manis 97.7 peratus, tiada kancer 99.7 peratus, tiada sakit jantung 99 peratus, tiada sakit buah pinggang 100 peratus, tiada asma 97 peratus, tiada penyakit berjangkit 99.3 peratus, tiada HIV AIDS 100 peratus, tiada obesiti 99.7 peratus, tiada insomnia 99.3 peratus, tiada gastrik 93.7 peratus dan tiada penyakit jangkitan seks 100 peratus.

Laporan ketembusan media belia Kota Bharu dengan responden 302 orang terbahagi kepada sembilan iaitu ketembusan media, jenis buku yang menjadi pilihan, jenis majalah yang menjadi pilihan, jenis muzik yang disukai, penggunaan internet, penggunaan telefon bimbit, berbual menggunakan telefon bimbit SMS dan MMS, ruangan akhbar yang kerap dibaca, dan jenis program TV yang kerap ditonton. Ketembusan media dibahagikan kepada sembilan laporan iaitu TV berbayar 69.7 peratus, TV percuma 98.3 peratus, radio 94 peratus, surat khabar 96.7 peratus, buku 84.1 peratus, telefon bimbit 96 peratus, komputer 96 peratus, internet 77.9 peratus dan alat pemain media 78.6 peratus. Jenis buku yang menjadi pilihan dibahagikan kepada 11 laporan iaitu politik 11.3 peratus, pendidikan 19.5 peratus, keagamaan 31.1 peratus, novel 37.1 peratus, sains fiksyen 20.2 peratus, motivasi 18.5 peratus, kesihatan 28.1 peratus, akademi ilmiah 14.2 peratus, perniagaan 23.8 peratus, seram 18.9 peratus dan lucah 1 peratus. Jenis majalah yang menjadi pilihan dibahagikan kepada 10 iaitu politik 12.3 peratus, pendidikan 18.2 peratus, keagamaan 31.8 peratus, hiburan 44.4 peratus, sukan 44.7 peratus, humor 7.9 peratus, kesihatan 30.1 peratus, perniagaan 19.2 peratus, komik 24.5 peratus dan lucah 0.3 peratus. Jenis muzik yang disukai dibahagikan kepada sembilan iaitu balada 54 peratus, keagamaan 32.1 peratus, irama Malaysia 35.1 peratus, rap 15.6 peratus, pop 42.1 peratus, hip hop 14.2 peratus, alternatif 16.9 peratus, rock 33.8 peratus dan heavy metal 7.6 peratus. Penggunaan internet dibahagikan kepada 18 iaitu blogging 16.6 peratus, forum 13.9 peratus, rangkaian sosial 71.2 peratus, belian online 25.5 peratus, transaksi online 25.5 peratus, transaksi kewangan 19.2 peratus, permainan video 16.2 peratus, dapatkan politik 13.9 peratus, dapatkan sukan 41.1 peratus, dapatkan hiburan 43 peratus, dapatkan kesihatan 26.8 peratus, dapatkan lucah 26.8 peratus, bola sepak 0.7 peratus, sebarkan politik 9.3 peratus, sebarkan sukan 31.8 peratus, sebarkan hiburan 31.8 peratus, sebarkan kesihatan 18.2 peratus, sebarkan pendidikan 18.2 peratus dan sebarkan bahan lucah 0.7 peratus. Penggunaan telefon bimbit dibahagikan kepada 16 iaitu perbualan video 85.8 peratus, peristiwa 39.1 peratus, politik 4.6 peratus, hiburan 13.6 peratus, bahan lucah 0.7 peratus, fakta 14.2 peratus, tugas harian 61.9 peratus, aktiviti harian 62.9 peratus, jalin hubungan 47.4 peratus, ambil gambar 57.3 peratus, rakam video 25.2 peratus, rakam suara 14.9 peratus, layari internet 20.5 peratus, dengar radio 53.3 peratus, main games 40.7 peratus dan tonton TV 5.3 peratus. Ruangan akhbar yang kerap dibaca dibahagikan kepada 11 iaitu berita tempatan 81.1 peratus, berita luar negara 46.7 peratus, sastera 11.3 peratus, hiburan 44.4 peratus, sukan 51.3 peratus, rencana 14.6 peratus, politik 18.2 peratus, komen pendapat 10.9 peratus, ekonomi kewangan 17.5 peratus, iklan 9.9 peratus dan kesihatan 27.2 peratus. Jenis program TV yang kerap ditonton dibahagikan kepada enam iaitu hiburan 71.2 peratus, berita dan info 65.9 peratus, pendidikan 14.9 peratus, sukan 51 peratus, kesihatan 23.8 peratus dan keagamaan 24.8 peratus.