Tarikh        : 4 Mei 2019
 Masa         : 8.00 Pagi - 6.00 Petang
 Tempat      : RTM Kelantan
 Peserta      : 50 Orang
Tujuan
 

Pameran Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Pusat Internet Kluster kota Bharu

 

Aktiviti

- Advokasi Klik Dengan Bijak

- Promosi dan pengenalan Pusat Internet

- Penerangan dan Kuiz KDB

- Pandaftaran ahli baru

 

Gambar disini

 Tarikh        : 5 April 2019
 Masa         : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
 Tempat      : PI Buluh Kubu
 Peserta      : 10 Orang
Tujuan
 

Memberikan pendedahan kepada pelajar untuk menghasilkan kad ucapan  dengan menggunakan aplikasi Publisher.

 

Aktiviti

Peserta diajar membuat kad hari guru dengan menggunakan Microsoft Publisher. Belajar untuk memasukkan text, gambar dan design untuk kad tersebut. Pelajar diajar cara memilih template yang sesuai dengan jenis kad ucapan. Pelajar menggunakan gambar berbentuk JPG dan transparent di dalam kad ucapan. Pelajar juga di ajar cara menyusun gambar dan cara memilih tulisan yang sesuai. 

Gambar disini

 Tarikh        : 5 April 2019
 Masa         : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
 Tempat      : PI Buluh Kubu
 Peserta      : 10 Orang
Tujuan
 
Memberi pendedahan dan menambah pengetahuan ahli PI Buluh Kubu mengenai fungsi Microsoft Word dalam penghasilan dokumen yang lebih pantas dan sistematik.  
Aktiviti

Program dimulakan dengan penerangan menggunakan slide modul Microsoft Word oleh petugas. Peserta didedahkan dengan modul pebelajaran Microsoft Word. Para pelajar diajar mengenai Microsoft Office Word mengikut buku modul Intel Easy Steps. Sesi pembelajaran modul ini dibahagikan kepada 2 sesi. Pada sesi pagi, peserta diajar modul 1-2 beserta latihan dijalankan mengikut buku panduan peserta. Sesi petang pula, peserta diajar modul 3-5.

 

Gambar disini

 Tarikh        : 25 April 2019
 Masa         : 2.30.00 Petang - 3.30 Petang
 Tempat      : PI Buluh Kubu
 Peserta      : 9 Orang
Tujuan
 

Peserta program Klik Dengan Bijak pada kali ini didedahkan tentang penyebaran maklumat palsu. Peserta dibimbing untuk mengenalpasti maklumat yang sahih dan disarankan untuk mengongsi maklumat yang sahih disamping berkongsi info yang berfaedah dalam laman sosial masing-masing. Peserta juga dinasihatkan untuk tidak menkongsi maklumat palsu yang tidak diketahui akan kesahihannya.

 
Aktiviti

Tayangan video dan taklimat Klik Dengan Bijak Penyebaran Maklumat Palsu. Petugas memberi taklimat maklumat palsu yang  tidak boleh sewenang-wenannya disebarkan. Terdapat jenis-jenis maklumat palsu seperti khabar angina, gossip, spekulasi dan penipuan. Peserta diminta tidak berkongsi maklumat yang belum tentu kesahihannya kepada orang lain. Peserta di beri pendedahan tentang kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu disebarkan. Peserta juga diberi penerangan tentang bagaimana pastikan sumber maklumat itu sahih atau tidak. Peserta perlu pastikan sumber maklumat itu dari pihak yang benar.

Gambar disini

 Tarikh        : 1-18 April 2018
 Masa         : 9.00 Pagi - 6.00 Petang
 Tempat      : PI Buluh Kubu
 Peserta      : 50 Orang
Tujuan
 
Kempen Muat Turun Applikasi Dashboard Komuniti bertujuan untuk mempromosikan aplikasi yang  ada di dalam sistem tersedut dan juga melibatkan penggunaan aplikasi ini kepada komuniti setempat apabila aktiviti dijalankan di Pusat Internet Buluh Kubu.  
Aktiviti

Setiap pengunjung diberikan penerangan mengenai Applikasi Dashboard Komuniti, cara log masuk dan keluar serta langkah memuat-naik applikasi Dashboard Komuniti pada peranti elektronik masing-masing. Peserta juga diberikan maklumat cara penggunaan applikasi seperti MyShop, MyHealth, MyKomuniti, MySkool dan Mysoal.

Selain itu, peserta juga berpeluang mendapat sehelai t-shirt Dashboard Komuniti sebagai cenderahati selepas mereka memuat turun aplikasi ini.

Syarat utama adalah peserta atau pengunjung wajib menjadi ahli pusat internet terlebih dahulu.

 

Gambar disini