Seiringan dengan pertumbuhan penduduk Malaysia yang semakin meningkat, maka ia meningkatkan jumlah tenaga kerja. Kebolehupayaan untuk melibatkan wanita dalam pembangunan pekerjaan diperlukan karana wanita merupakan sebagian besar sumber daya manusia yang tersedia sebagai modal dasar pembangunan.
Di Malaysia jumlah pekerja wanita menunjukkan kecenderungan meningkat, dengan pertambahan yang lebih cepat daripada pekerja lelaki. Hal ini selain disebabkan oleh peningkatan yang mendadak dari jumlah penduduk wanita juga semakin luasnya lapangan pekerjaan dan semakin tinggi tingkat pendidikan mereka sehingga kini wanita lebih banyak mempunyai pilihan dalam aktiviti kehidupan ekonominya di bandingkan dengan masa lalu.