Ayuh mengurus informasi COVID-19 dengan bijak! Sebarkan info sahih, elakkan info palsu. Sertai Pertandingan Video Pendek dan Poster anjuran Video Innovation Club, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekarang dan menangi hadiah menarik! 
 
Kongsikan idea menarik anda kepada kami mengenai cara pengurusan maklumat COVID-19 secara bijak di media sosial.  Penyertaan adalah percuma. Tarikh tutup penyertaan: 31 MEI 2020.
 
 
FB IMG 1589638415434
Elakkan dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan atau ‘Financial Scam’
 
Tip Keselamatan:
 
1. Tidak membalas emel/mesej yang meminta maklumat perbankan anda.
2. Jika hadiah atau wang ganjaran yang ditawar sangat lumayan, kemungkinan besar ia adalah scam.
3. Pastikan kata laluan dan nombor pin anda dirahsiakan.
 
Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan sebarang transaksi dalam talian.
 
#EtikaMediaSosial
#FinancialScam
#KlikDenganBijak
#MCMC
#PenipuanKewangan
 
Antara ciri ciri unik jangkitan Covid-19 yang menyebabkan ia lebih mudah merebak adalah kerana ia menyebabkan sesetengah individu TIDAK mempunyai sebarang gejala walaupun telah dijangkiti. 
 
Individu ini mempunyai viral load (bilangan dan kandungan virus) yang sama seperti individu yang bergejala dan mempunyai kapasiti yang sama untuk menyebabkan jangkitan. 
 
Penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala kepada golongan berisiko seperti warga tua dan pesakit kronik adalah suatu perkara yang paling membimbangkan.
 
Satu satunya cara untuk mengetahui status jangkitan adalah dengan menjalani ujian saringan Covid. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ujian hanya dilakukan pada golongan sasar yang mempunyai potensi jangkitan. 
 
Cara yang ada untuk mencegah penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala adalah dengan terus mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan tempat yang padat/ sesak
 
Sumber: PHM
 
FB IMG 1589592301803
Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia
• • • • • •
Anda boleh melakukan urusan secara dalam talian di mana sahaja. 
 
Untuk maklumat lanjut layari consumerinfo.my
 
#CFMMalaysia
#COVID19 
#MCMC 
#PerintahKawalanPergerakanBersyarat
#StayAtHome
 
FB IMG 1589592478699
[ Tips Pengguna Bijak ]
 
Sebagai pengguna internet, kita perlu menggunakannya dengan BIJAK supaya tidak mengundang masalah dan bahaya kepada diri, masyarakat dan juga negara.  
 
Kebebasan melayari internet bukanlah satu pemangkin untuk disalahguna.
 
Layari internet sebaik mungkin dengan mengikuti tips pengguna bijak ini. 
 
#EtikaMediaSosial
#KlikDenganBijak
#MCMC
 
FB IMG 1589185561275