Antara ciri ciri unik jangkitan Covid-19 yang menyebabkan ia lebih mudah merebak adalah kerana ia menyebabkan sesetengah individu TIDAK mempunyai sebarang gejala walaupun telah dijangkiti.
Individu ini mempunyai viral load (bilangan dan kandungan virus) yang sama seperti individu yang bergejala dan mempunyai kapasiti yang sama untuk menyebabkan jangkitan.
Penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala kepada golongan berisiko seperti warga tua dan pesakit kronik adalah suatu perkara yang paling membimbangkan.
Satu satunya cara untuk mengetahui status jangkitan adalah dengan menjalani ujian saringan Covid. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ujian hanya dilakukan pada golongan sasar yang mempunyai potensi jangkitan.
Cara yang ada untuk mencegah penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala adalah dengan terus mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan tempat yang padat/ sesak
Sumber: PHM
[ Tips Pengguna Bijak ]
Sebagai pengguna internet, kita perlu menggunakannya dengan BIJAK supaya tidak mengundang masalah dan bahaya kepada diri, masyarakat dan juga negara.
Kebebasan melayari internet bukanlah satu pemangkin untuk disalahguna.
Layari internet sebaik mungkin dengan mengikuti tips pengguna bijak ini.
#EtikaMediaSosial
#KlikDenganBijak
#MCMC
Penyebaran berita palsu memberikan banyak kesan buruk kepada pelbagai pihak.
Tidak pasti, jangan kongsi!
#BeritaPalsu
#EtikaMediaSosial
#KlikDenganBijak
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi
Amalkan norma baharu dan jaga kebersihan diri sentiasa.
Bersama kita patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan putuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
#COVID19
#DudukRumah
#MCMC
#NormaBaharu
#PerintahKawalanPergerakanBersyarat
#StaySafeAtHome
#SayangiMalaysia
Amalkan penjarakan sosial 1 meter bagi mencegah COVID-19
#kitajagakita
#cegahcovid19
#ambonoksihat