USAHAWAN DESIGN & PRINTING

Nama: Noor Ayunee Binti Kamaruddin

Umur: 31 tahun

Ahli: Mac 2018

 

Latar belakang

Puan Ayunee merupakan graduan lepasan IPT yang memilih untuk menjalankan perniagaan  atas talian secara sepenuh masa. Beliau menerima semua jenis tempahan design dan printing. Perkhidmatan beliau mendapat permintaan yang tinggi dan berterusan dalam pasaran. Antara tempahan yang diterima seperti hiasan gambar yang diaplikasikan kepada cetakan berbentuk kanvas. cetakan beg kertas, sticker, banner  dan banting untuk kegunaan majlis keramaian dan semua yang berkaitan dengan periklanan.

Beliau juga turut merekrut beberapa ejen yang berminat untuk menyertai perniagaan ini di samping menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5 hingga 10 tempahan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan FB Page perniagaan yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.