USAHAWAN MAKANAN (FOOD DELIVERY)

Nama: Nik Azrina Nik Ismail

Umur: 36 tahun

Ahli: Januari 2018

 

Latar belakang

Permulaan perniagaan, Pn. Nik Azrina hanya mengisi masa lapangnya di rumah dengan melakukan akiviti yang disukainya dan lebih berfaedah. Beliau mula memcuba pelbagai masakan baru dengan menggunakan resepi yang dicari dan dicetak di PI Buluh Kubu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, beliau telah mula menceburi perniagaan dengan menjual tauhu begedil kepada kawan dan jiran-jiran sahaja. Pendapatan bulanan awal perniagaan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan pula adalah 5 hingga 10 tempahan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti latihan keusahawanan di PI Buluh Kubu, beliau mula menggunakan sosial media dengan aktif bagi mempromosi tauhu begedil yang dijual seperti di Wechat, Whatsapp, myShop dan Instagram. Selain itu, beliau juga mampu mencari resepi masakan yang terkini dengan melayari internet dengan baik.Pendapatan bulanan beliau meningkat hingga RM500-RM1500 sebulan.