USAHAWAN SPA 

Nama: Muhammad Syafiq Bin Residik

Umur: 26 tahun

Ahli: Mac 2016

 

Latar belakang

Muhammad Syafiq merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau merupakan  tukang urut tradisional di kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai jenis ubat ubatan seperti minyak angin serbaguna. Dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.