USAHAWAN TUDUNG DAN KOSMETIK

Nama: Fatihah Binti Mohd Yusuff

Umur: 26 tahun

Ahli: Januari 2019

 

Latar belakang

Fatihah Mohd Yusuff merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan tudung dan produk secara atas talian dan menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai jenis wangian produk daripada Alpine Snow White, Yanhee Skincare dan Puretox. Dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau yang juga merupakan pelajar lepasan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.