USAHAWAN AGENT HOME U SINGER KOTA BHARU

Nama: Maridah Binti Rashid

Umur: 42 tahun

Ahli: Februari 2019

Latar belakang

Puan Maridah Rashid merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan elektrik, perabot dan motosikal pembayaran secara ansuran. Beliau menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara online dan offline.. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai jenis wangian dan tudung sebagai pendapatan sampingan. Dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet Buluh Kubu

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.