MENAIP, MENCETAK DAN ASAS KOMPUTER

Nama: SALINA THATIEANNA BT AB RAZAK

Umur: 17 tahun

Ahli: Mei 2019

 

Latar belakang

Salina Thatieanna Abdul Razak merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang ICT dan berkunjung ke Pusat Internet Malaysia Buluh Kubu untuk mempelajari asas komputer. Setiap hujung minggu beliau akan menghadiri kelas yang diadakan di Pusat Internet Malaysia Buluh Kubu dan menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan guru di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tidak mempunyai pengetahuan yang mengenai komputer dan internet serta langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer yang betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau kini telah mahir menggunakan komponen komputer serta kini telah mahir menggunakan komputer dan asas Microsoft Office. Beliau juga telah mahir menggunakan aplikasi facebook dan Instagram untuk berkomunikasi antara kawan-kawan.