USAHAWAN MAKANAN SEJUK BEKU

Nama: Normaisarah @ Sarada Pillai Binti Mohd Ismail

Umur: 41 tahun

Ahli: Julai 2019

 

Latar belakang

 

Puan Normaisarah @ Sarada Pillai Binti Mohd Ismail merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan membuat kuih pau dan karipap secara atas talian dan menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian mengikut permintaan pelanggan. Dengan menjadi usahawan dalam talian secara tidak langsung dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau yang juga merupakan suri rumah dan juga ibu kepada 3 orang anak. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.