KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 2

Nama:Azimah Binti Kasah

Umur: 34 tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Puan Azimah Kasah merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan produk kecantikan secara atas talian dan menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan luar negeri. Beliau berasal daripada Sarawak dan menetap di Kota Bharu bersama suaminya. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai jenis produk seperti Sugar Bomb, Dexandra, Rohina dan menjadi ejen Cuckoo. Dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.