CELIK IT

Nama: Che Nurul Fatihah

Umur: 14 tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Che Nurul Fatihah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab(2) Kota Bharu. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang ICT dan mengambil inisiatif berkunjung ke Pusat Internet Malaysia Buluh Kubu untuk mempelajari asas komputer. Setiap hujung minggu dan setelah selesai waktu persekolahan beliau akan menghadiri kelas yang diadakan di Pusat Internet Malaysia Buluh Kubu dan menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan guru di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai asas komputer dan internet serta langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer yang betul.

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau kini telah mahir menggunakan komponen komputer serta kini telah mahir menggunakan komputer dan asas Microsoft Office. Beliau juga telah mahir menggunakan aplikasi facebook dan Instagram untuk berkomunikasi antara kawan-kawan.