KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 1

Nama: Ummu Atiah Binti Zulkifli

Umur: 22 tahun

Ahli: JANUARI 2016

Latar belakang

Cik Ummu Atiah Zulkifli merupakan seorang pelajar  IPT yang pada mulanya hanya ingin membantu menambah pendapatan keluarga yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan pandemic Covid-19.

Beliau memutuskan untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan atas talian dengan menjual pakaian dan barangan keperluan rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Minat dan kemahiran dalam bidang perniagaan mendorong untuk terus berusaha dalam bidang ini. Pendapatan beliau sekeluarga sebelum menggunakan medium internet untuk mempromosikan produk jualan hanyalah sekitar RM150-RM250 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui Kelas Latihan Media Baru yang telah diikuti oleh beliau pada tahun 2019, penjualan produk jualan beliau semakin mendapat sambutan. Jika dahulu, kebanyakan pelanggan yang membuat belian hanyalah sekitar kenalan rapat dan sedara-mara. Kini, produk beliau semakin mendapat sembutan diseluruh negara dengan jumlah jualan meningkat setiap hari.

Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.