KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 2

Nama: Fatin Roslinda Binti Residik

Umur: 28 tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Usahawan sepenuh masa sebagai usahawan atas talian. Beliau menjual produk Elken seperti Vitamin C dan mempromosikannya di platform media sosial dan Shopee. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan spa yang diberi nama Fatin Mobile Spa.

Fatin Roslinda Binti Residik merupakan seorang suri rumah dan merupakan usahawan sepenuh masa masa. Beliau menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan Elken Vitamin C secara atas talian dan menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian mengikut permintaan pelanggan. Beliau juga menjalankan perniagaan spa secara kecil kecilan iaitu Fatin Mobile Spa. Dengan menjadi usahawan dalam talian secara tidak langsung dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau yang juga merupakan seorang suri rumah. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.