KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 2

Nama: NORADZIZAH BINTI ADZHAR

Umur: 28 tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

 

Noradzizah Adzhar merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu kemasukan ke universiti. Beliau merupakan usahawan separuh masa. Beliau menjalankan perniagaan menjual polaroid dan surprise box secara atas talian dan menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian mengikut permintaan pelanggan. Dengan menjadi usahawan dalam talian secara tidak langsung dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau yang juga merupakan seorang pelajar. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet.

Noradzizah Binti Adzhar merupakan usahawan separuh masa sebagai usahawan atas talian. Beliau juga merupakan pelajar yang menunggu kemasukan ke universiti. Beliau mula berniaga melalui saranan petugas Pusat Internet untuk mempromosikan produk beliau melalui kedai dalam talian. Beliau mengusahakan bisnes polaroid dan surprise box.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.