KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 1

Nama: Hafizah Binti Ismail

Umur: 32 tahun

Ahli: 2021

 

Latar belakang

 

Hafizah Binti Ismail merupakan suri rumah dan usahawan dalam talian yang menetap di Kota Bharu. Beliau merupakan usahawan sepenuh masa. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan atas talian, petugas pusat Internet telah menyarankan beliau untuk berniaga dalam talian menggunakan platform Shopee. Beliau menjalankan perniagaan menjual meja lipat/ meja pasar malam secara atas talian dan menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian mengikut permintaan pelanggan. Dengan menjadi usahawan dalam talian secara tidak langsung dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau yang juga merupakan seorang pelajar. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.