KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 1

Nama: Mohd Radzi Bin Ismail

Umur: 32 tahun

Ahli: 2022

Latar belakang

 Mohd Radzi Bin ismail merupakan usahawan dalam talian yang menetap di Kota Bharu. Beliau merupakan usahawan sepenuh masa. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan atas talian, petugas PEDi Buluh Kubu telah menyarankan beliau untuk berniaga dalam talian menggunakan platform Shopee. Beliau menjalankan perniagaan menjual Sambal Bilis Goreng di sekitar kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian mengikut permintaan pelanggan. Dengan menjadi usahawan dalam talian secara tidak langsung dapat mengembangkan perniagaan beliau ke seluruh Malaysia. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PEDi Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PEDi Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Buluh Kubu, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PEDi.