KEUSAHAWANAN : USAHAWAN 1

Nama: Siti Nurdiyana Bt Yaacob

Umur: 38 tahun

Ahli: 2022

Latar belakang

Pn Diyana merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan menjual menjual barangan kesihatan berjenama Eskayvie secara atas talian dan menjalankan perniagaannya di sekitar kawasan Kota Bharu dan luar negeri. Dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu beliau menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PEDI Buluh Kubu serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT dengan dibantu oleh petugas PEDI Buluh Kubu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan menyedari bebanan itu beliau mendaftar sebagai ahli di PEDI Buluh Kubu dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDI, beliau dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PEDI.