BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN KOMPUTER

Nama: Siti Nur Aisyah Binti Mohd Ezman

Umur: 16 tahun

Ahli: Februari 2019

 

Latar belakang

Siti Nur Aisyah Binti Ezman merupakan pelajar sekolah menengah di kawasan Kota Bharu. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang ICT pada awalnya. Menyedari kepentingan Ict dalam kehidupan seharian dan pembelajaran menjadikan beliau berminat untuk mempelajari bidang ICT di Pusat Internet Buluh Kubu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tidak mempunyai pengetahuan yang mengenai komputer dan internet serta langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer yang betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau kini telah mahir menggunakan komponen komputer serta kini telah mahir menggunakan komputer. Beliau juga telah mahir menggunakan aplikasi facebook untuk berkomunikasi antara kawan-kawan.

 

USAHAWAN MAKANAN (FOOD DELIVERY)

Nama: Nik Azrina Nik Ismail

Umur: 36 tahun

Ahli: Januari 2018

 

Latar belakang

Permulaan perniagaan, Pn. Nik Azrina hanya mengisi masa lapangnya di rumah dengan melakukan akiviti yang disukainya dan lebih berfaedah. Beliau mula memcuba pelbagai masakan baru dengan menggunakan resepi yang dicari dan dicetak di PI Buluh Kubu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, beliau telah mula menceburi perniagaan dengan menjual tauhu begedil kepada kawan dan jiran-jiran sahaja. Pendapatan bulanan awal perniagaan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan pula adalah 5 hingga 10 tempahan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti latihan keusahawanan di PI Buluh Kubu, beliau mula menggunakan sosial media dengan aktif bagi mempromosi tauhu begedil yang dijual seperti di Wechat, Whatsapp, myShop dan Instagram. Selain itu, beliau juga mampu mencari resepi masakan yang terkini dengan melayari internet dengan baik.Pendapatan bulanan beliau meningkat hingga RM500-RM1500 sebulan.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama: Nik Afhrina Sofea Binti Nik Ahmad Ridzuan

Umur: 14 tahun

Ahli: Ogos 2016 

Latar belakang

Merupakan pelajar Tingkatan 2 SMK Puteri.. Sering datang ke PI Buluh Kubu untuk menggunakan perkhidmatan di PI dan selalu menyertai kelas dan aktiviti yang diadakan di PI Buluh Kubu.

Banyak perkara yang telah beliau pelajari terutamanya dari segi pembelajaran ICT. Selain itu, beliau juga rajin datang ke PI bagi menyertai program yang dijalankan di sini. Beliau juga selalu menghabiskan masa lapangnya di PI dengan melayari internet untuk mencari maklumat pembelajaran di internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kurang mahir mengenai penggunaan ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PI Felda Pasoh 1, kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik. Shuhada kini telah mahir menggunakan emel. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasinya dengan menggunakan Mic. Power point untuk membuat pembentangan di sekolah.

USAHAWAN DESIGN & PRINTING

Nama: Noor Ayunee Binti Kamaruddin

Umur: 31 tahun

Ahli: Mac 2018

 

Latar belakang

Puan Ayunee merupakan graduan lepasan IPT yang memilih untuk menjalankan perniagaan  atas talian secara sepenuh masa. Beliau menerima semua jenis tempahan design dan printing. Perkhidmatan beliau mendapat permintaan yang tinggi dan berterusan dalam pasaran. Antara tempahan yang diterima seperti hiasan gambar yang diaplikasikan kepada cetakan berbentuk kanvas. cetakan beg kertas, sticker, banner  dan banting untuk kegunaan majlis keramaian dan semua yang berkaitan dengan periklanan.

Beliau juga turut merekrut beberapa ejen yang berminat untuk menyertai perniagaan ini di samping menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5 hingga 10 tempahan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Buluh Kubu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan FB Page perniagaan yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.